Sunday, April 5, 2009

Misteri pakcik Meon Part 2

Angin petang sesekali menyapa lembut ke muka AB. Dedaun seaakan-akan menari seirama dengan gerak langkah AB yang tak ubah seperti susuk badan gajah itu. Setenang air di kali, AB tetap tenang mengatur langkah untuk meneruskan pencerian serta meleraikan misteri seorang insan yang bernama pak meon. Jika ikutkan hati dan perasaannya ketika itu mahu saja dia merebahkan badannya di bawah pohon yang rendang serta melelapkan matanya untuk seketika.. namun demi kerana tugas serta tanggunjawab yang dipikulnya dia harus cekal dan tabah demi untuk meleraikan satu misteri seorang insan bernama Pak Meon yang menjadi kefobiaan orang kampung.. tu diaa ayat.. muntah lepas baca...!
Dalam AB bersoal jawab sendirian seperti orang gila lagaknya, akhirnya AB berjaya juga menemui sebuah rumah yang sepertinya tidak layak di panggil rumah, dengan persekitaraan yang menyeramkan AB tertinjau tinjau untuk mencari siapakah pemilik rumah yang layak di panggil reban kambing itu.. tiba-tiba...


** Adakah ini rumah pakcik Meon??.. eeee takut!!

??.. "Anak nie cari saya ke..?"

AB- "opocot! aku anak gajah mati dilanggar tikus.."

??.. "Pakcik tengok anak nie dok terngendap-ngendap..nie nak skodeng pakcik ke..?"

AB.. " err bukan pakcik.. Saya AB wartawan misteri anda.. err pak cik nie..?"

??.. "pak cik la meon..orang kampung panggil pak meon..tapi nama glamer pakcik mawi"

AB.. "gulp!"

Jika di ikutkan hati mahu saja AB mengatur langkah seribu, tapi demi kerana tugas serta wajah pak meon @ mawi yang saling tidak tumpah seperti wajah pelakon osman kering itu, perasan takut serta gusar trus hilang. Tertanya juga AB dimanakah letaknya misteri pakcik meon ini sebenarnya..

**pakcik tak ade kena mengena langsung dengan cerita merepek nie.. koserrr tau!**

AB.." err...sebenarnya saya datang nie nak interview pakcik.. ramai orang kata pakcik terror dalam bidang perbomohan nie"

PM.." Pakcik nie bukanlah terrer sangat pun.. tapi kalau setakat nak berkongsi pengalaman tu pakcik
no hal punyalah.. err nie nak masuk majalah misteri issue bulan berapa nie..? Kalau pak cik nak jadi cover untuk front page boleh..??"



PITAMMMM!!!!


AB.. "Next issue kut.. err dengar cerita pakcik boleh berinteraksi dengan mahluk mahluk halus ya"

PM.. "syyhh jangan sebut kuat-kuat nanti dia marah.."

AB.. " sapa marah pakcik..???

PM.. "Dia tu la...

** sapa yang gatal seru nama mak nie..?? koserrr tau nak tengok AF pun tak senang**

AB mula merasa seram sejuk ketika itu.. rasa nak terkuncil pun ada.. tiba-tiba angin menderu dengan kuat sekali.. daun tingkap tertutup dan terbuka dengan kuat sekali..alah yang selalu macam cerita seram kat tv tu la..AB mula cuak.. mulut pak meon terkumat-kamit seperti membaca sesuatu... Tiba-tiba......


** Wartawan AB yang terpaksa diberi bantuan kerana terlalu terkejut** matilakau..he..he!!


Bersambung

2 comments:

i_sofia said...

hmm.. buruk la tunggu sambungan sbb AB kekenyangan makan pulut ngan wadi.. huhuhu

insan pelarian said...

AB demanding mengalahkan paris hilton sekarang nie.. so just wait and see... sila bersabar ya.. -penulis