Sunday, April 12, 2009

Misteri pakcik Meon tertangguh lagi

Wartawan AB aka Ahmad Buyung buat hal lagi.. Sekarang ni demand mengalahkan Paris Hilton. Hari tu minta pelepasan kononnya nak pergi buat liputan pilihan raya kecil kat bukit gantang..


** Wartawan AB berselindung di sebalik bendera** matila bertalam-talam.. he..he

Sekarang nie dengar ceritanya tengah bertepuk tampar dengan kawan-kawannya di sebuah lokasi di kuala lumpur. Kami juga di beritahu beliau sempat lagi menjejakan kakinya ke aquaria klcc dengan alasan untuk menenangkan fikiran dengan memerhatikan ikan2 disitu padahal hakikatnya kami telah pun ketahui beliau sebenarnya cuba menjejaki adik kembar beliau si ikan dugung di situ.

**Adakah ini kembar AB..???**

Oleh kerana terlalu stress tidak dapat bertemu dengan adik kembar beliau di aquaria, beliau telah merendamkan kaki beliau di spa fish sehinggakan ikan-ikan di situ mengelupur lalu membunuh diri beramai-ramai kerana tidak tahan dengan tahap toksin di kaki beliau.

**matila ikan semua mati kerana keracunan**

Misteri pakcik meon akan di sambung apabila beliau kembali semula ke pejabat.....
Sekian

Ikhlas dari penerbit.

No comments: