Hello- hello kembali bersiaran... Adik-adik topik hari ini masih lagi mengenai permainan tradisional...
Sep Tiang..
Tak tau la mai dari mana perkataan "sep" tu tapi permainan nie memerlukan lima orang pemain dan empat tiang rumah.. dulu-dulu rumah kampung banyak tiang,, maklumlah rumah papan.. bukan macam sekarang nie semuanya dah transform ke rumah batu, transform ke bunglow pun ade. semua pemain di kehendaki berkumpul di halaman rumah lepas tu berlari ke bawah rumah mendapatkan empat tiang tu.. sapa lambat dia kena jadi monyet. Lepas tu orang yang dapat tiang tu akan tukar-tukar tempat diantara tiang tu, manakala yang jadi monyet di tengah-tengah tu akan cuba merebut salah satu dari tiang tu. Kena yang jadi monyet tu jenis lemb @ lembab.. matila sampai kesudah kena jadi monyet.. he..he Oleh kerana permainan nie dimainkan di bawah rumah dan tahap kebisingannya yang melampau maka peratus kena marah dan kena hambat dengan tuan rumah adalah tinggi. Apatah lagi kena lak tuan rumah tu sakit gigi memang kena maki la.. he..he.
Tuju tin/selipar
Tuju tin dan tuju selipar sebenarnya adalah adik beradik.. kedua-dua permainan nie memerlukan dua kumpulan.. lagi ramai lagi bagus.. kalau baling selipar, 3 selipar jepun akan disusun menegak atas tanah dan di baling dengan selipar sampai jatuh. Manakala tuju tin lak, sejumlah tin (lagi banyak lagi best) akan disusun ala piramid dan akan di baling dengan bola getah. Bola tenis pun leh gak tapi siap jelah tadah badan lepas tu.. kalau x berbirat badan lepas kena tuju tu saja gak la.. kalau rasa kebal sangat gunalah bola billiard.. he..he.. permainan nie best sebab dapat belasah orang cukup-cukup.. Masa dah baling tin tu memang mengelepar nak susun balik.. kena pulak orang lain semua dah mati lepas tu puak yang satu lagi pedajal sorok tin, memang mengelabah punya.. gila! semua orang aim nak tala kita.. mana nak susun tin lagi nak elak bola lagi.. tapi memang happening.. permainan nie pun mempunyai kesan sampingan, selain dari badan berbirat, adakalanya badan kita juga berbau tahi ayam, sebabnya bola tu dah kena tahi ayam.. biasa la kawasan kampung...
Nama, Negeri, Buah, Binatang,
Haaa yang nie pun popular juga.. permainan nie agak educational..kena ada kertas dan pensil..kertas tu akan di bahagian kepada beberapa kolum, dan setiap kolum tu akan di tulis dengan nama, negeri, binatang, benda dan entah apa-apa lagi la. nanti sorang akan pilih satu huruf contohnya "C" lepas tu cari la nama-nama tu yang bermula dengan huruf "c". Dah siap compare la jawapan tu.. sapa dapat jawapan sama markah kena share, yang dapat tak sama dapat 100 markah. Lasat sekali compare la, sapa dapat markah paling tinggi dia la menang. Selalunya main nie masa kat kelas.. Gigih nie siapkan latihan cepat- cepat.. tak pun tiru je jawapan kawan..he..he.. Bab nama dan nama benda memang senang nak cari tapi bab nama binatang dengan negeri memang azab memikir..ye la masa tu mana ada lagi channel animal planet, national geografi.. pengetahuan bab nama binatang nie terhad.. nak pulak bila main dalam BI.. he..he.. pitam!.
Banyak lagi permainan dulu-dulu yang masih segar dalam ingatan.. contohnya permainan TOI (bukan toi af6 tu tau!) ataupun di kenali sebagai Galah panjang.. bila tiba musim bola, akan lahirlah permainan bola kertas, yakni
semuanya dari kertas, pemain dari kertas, bola dari kertas, padang pun dari kertas. sibuklah gi kedai beli kertas manila kad.. tu belum tiba main jengket-jengket..sanggup tak makan, leka main.. waktu malam lak sibuk urut kaki.. gila kau berjam-jam main jengket-jangket mau tak krem kaki.. agak-akak sekarang boleh lagi ke main??
Apa-apa pun kebanyakan permainan nie memainkan peranan penting dalam mengharmonikan ikatan persahabatan dan kejiranan. bukan setakat jiran sebelah rumah, jiran sebelah kampung pun kadang kala join gak..di samping itu kebanyakan permainan nie mampu menjadikan anda sihat dan berpeluh...bebudak sekarang ni, yg diorg tau, duduk kat umah, main playstation, komputer sorang-sorang.., emm! boringnya tak tau pun benda-benda ni suma.. rugi tul..
semuanya dari kertas, pemain dari kertas, bola dari kertas, padang pun dari kertas. sibuklah gi kedai beli kertas manila kad.. tu belum tiba main jengket-jengket..sanggup tak makan, leka main.. waktu malam lak sibuk urut kaki.. gila kau berjam-jam main jengket-jangket mau tak krem kaki.. agak-akak sekarang boleh lagi ke main??
Apa-apa pun kebanyakan permainan nie memainkan peranan penting dalam mengharmonikan ikatan persahabatan dan kejiranan. bukan setakat jiran sebelah rumah, jiran sebelah kampung pun kadang kala join gak..di samping itu kebanyakan permainan nie mampu menjadikan anda sihat dan berpeluh...bebudak sekarang ni, yg diorg tau, duduk kat umah, main playstation, komputer sorang-sorang.., emm! boringnya tak tau pun benda-benda ni suma.. rugi tul..
P/s: Apa-apa pun permainan feveret aku masa kecik kecik dulu adalah main kawen-kawen.. larikkkk!!!




4 comments:
Mak skerzz yaamatz main nama negeri tu uols.... kalau nama beginning with "B", haruslah barbie noh?? Hiks....
kata..header tu nak bagi kat acik..
rupanya guna sendiri
Lee! kan! sanggup koyak buku latihan semata-mata nak main game nie..he..he
welcome to MiniFlashBox.com, play thousands of free games!
Post a Comment