Ada skali tu balik dari keja aku trus boom kat katil.. Fakta ada mengatakan tidur yang paling enak sekali adalah ketika waktu mengantuk.. jadi aku memang mengantuk sangat petang tu.. aku ambik keputusan untuk tidur sekejap sebelum dinner.. tapi tidur sekejap aku tu di hujani macam2 mimpi.. bersambung-sambung mimpi aku. Aku terjaga dikala waktu antara terang dan gelap.. dalam fakta lain samar2 cahaya.. Oleh kerana aku telah di manipulasikan oleh mimpi2 yang indah maka aku telah mempercayai aku telah tidur sepanjang malam dan hanya terjaga ke esok harinya... dengan perasaan sedikit blur dan mengantuk yang banyak aku ke bilik air untuk untuk mandi dan bersiap ke pejabat... waktu balik dari mandi aku telah disapa oleh seorang teman yang mengajak aku pergi makan malam.. dengan keyakinan yang tinggi aku membetulkan ayat nya.. breakfast not dinner..! dan keputusannya aku telah di tembak dengan m16 berteknologi tinggi dengan kuasa laser kerana waktu itu adalah pukul 7.45 pm...
Moral of story...
Kalau nak tidur petang pasang lampu siap2 dalam bilik dan kalau terjaga jangan tengok jam.. sambung je tidur tu balik
Thursday, November 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment