Saturday, September 13, 2008

Salam Ramadhan1


Sedar tak sedar dah dua minggu kita menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadhan
yang mulia ini.Bulan Yang penuh dengan keinsafan, kesedaran dan nikmat. Alhamdulillah
dan syukur kerana tahun ini sekali lagi saya dapat menikmati dan menjalankan ibadah puasa
ini.. terasa masa begitu pantas berlalu.. terlalu pantas... teringat masa zaman kanak-kanak
dulu masa mula2 belajar puasa seingat saya masa tu darjah satu.. ada kawan sekelas bagi tau kalau puasa tak boleh telan air liur.. kalau telan batal puasa.. tu dia fakta mana tak tau lah..
gila babi.. ingat senang ke tak mau telan air liur..
masa dulu2 kalau bulan puasa memang terasa sangat kemeriahannya.. memang lain .. sebabnya waktu petang mak dengan kakak2 akan sibuk mebuat juadah untuk berbuka puasa..bukan macam zaman sekarang yg dah ada dapur segera (pasar ramadhan)..
seawal pukul 2 petang dah turun ke dapur..lepas tu rancangan kat tv petang2 mesti ada cerita arab, so kalau buka tv1 masa tu kalau ada cerita arab taulah tu bulan puasa.. he..he.. dah lah saluran tv hanya ada dua rangkaian saja masa tu tv1/2.. boring tahap gaban pun ngadap juga cerita arab tu..
dah petang sikit gi tali air tunggu orang jual air batu.. masa tu kat kampung mana ada peti sejuk,
sebabnya eletrik belum ada.. masa tu harga dalam .15 sen, 20 sen,dan 30 sen.. selalunya aku beli 20 sen je tu pun tahan sampai ke pagi.. kalau orang tu beli 30 sen maknanya keluarga dia memang ramai sebabnya 30 sen tu memang besar gila... bayangkan sekarang gi kedai nak beli air batu 30 sen.. sah-sah kau kena jeling dengan taukey kedai tu tak pun kau kena pelangkung dengan bekas ais tu.. he..he..
balik rumah ais tu kena pecahkan kecik-kecik lak sebab nak simpan dalam tarmos.. so boleh tahan sampai ke pagi..dan waktu berbuka adalah yg paling nikmat sekali sebabnya biarpun lauk pauk dan hanya sejenis kuih sahaja.. tapi percayalah tiada masakan yg paling sedap di dunia nie selain daripada masakn ahli keluarga kita sendiri...
Bersambung.....

No comments: