Thursday, May 29, 2008

Emosi...


Pernahkah tak kau orang rasa ketika bangun tidur di waktu petang hari, tiba-tiba rasa syahdu.. emosi bercampur baur antara sedih, sunyi dan rindu... sunyi kerana tiada teman di sekeliling...sedih yang entah datang dari mana dan rindu pada zaman yang dah berlalu... masa tu kau orang rasa ingin saja berada di satu tempat yg begitu aman, dengan air sungai mengalir segar.. burung-burung riang berterbangan dan kau orang berbaring di atas padang yg begitu mendamaikan...

Pernah tak kau orang rasa , ketika bangun ti
dur di waktu petang.. tiba-tiba kau orang teringat kembali kenangan silam masa zaman budak-budak dulu... main tuju tin, main combat, main getah, bergaduh dan lepas tu baik semula...



Pernah tak kau orang rasa, ketika bangun tidur di waktu petang .. tiba-tiba kau orang teringat kembali masa zaman kakak-kakak, abang-abang kau orang masa tu belum kawin lagi .. waktu petang berkumpul bersama-sama di
halaman , waktu malam berkumpul dan berkongsi pelita sambil bercerita pasal hantu...
Ketika saat dan detik ini........ inilah yang saya rasa... syahdu, sayu dan rindu pada zaman yang pernah saya lalui bersama-sama kawan-kawan, abang-abang dan kakak-kakak saya.
I Love you all...............


No comments: