Angin petang sesekali menyapa lembut ke muka AB. Dedaun seaakan-akan menari seirama dengan gerak langkah AB yang tak ubah seperti susuk badan gajah itu. Setenang air di kali, AB tetap tenang mengatur langkah untuk meneruskan pencerian serta meleraikan misteri seorang insan yang bernama pak meon. Jika ikutkan hati dan perasaannya ketika itu mahu saja dia merebahkan badannya di bawah pohon yang rendang serta melelapkan matanya untuk seketika.. namun demi kerana tugas serta tanggunjawab yang dipikulnya dia harus cekal dan tabah demi untuk meleraikan satu misteri seorang insan bernama Pak Meon yang menjadi kefobiaan orang kampung.. tu diaa ayat.. muntah lepas baca...!
Dalam AB bersoal jawab sendirian seperti orang gila lagaknya, akhirnya AB berjaya juga menemui sebuah rumah yang sepertinya tidak layak di panggil rumah, dengan persekitaraan yang menyeramkan AB tertinjau tinjau untuk mencari siapakah pemilik rumah yang layak di panggil reban kambing itu.. tiba-tiba...
??.. "Anak nie cari saya ke..?"
AB- "opocot! aku anak gajah mati dilanggar tikus.."
??.. "Pakcik tengok anak nie dok terngendap-ngendap..nie nak skodeng pakcik ke..?"
AB.. " err bukan pakcik.. Saya AB wartawan misteri anda.. err pak cik nie..?"
??.. "pak cik la meon..orang kampung panggil pak meon..tapi nama glamer pakcik mawi"
AB.. "gulp!"
Jika di ikutkan hati mahu saja AB mengatur langkah seribu, tapi demi kerana tugas serta wajah pak meon @ mawi yang saling tidak tumpah seperti wajah pelakon osman kering itu, perasan takut serta gusar trus hilang. Tertanya juga AB dimanakah letaknya misteri pakcik meon ini sebenarnya..
AB.." err...sebenarnya saya datang nie nak interview pakcik.. ramai orang kata pakcik terror dalam bidang perbomohan nie"
PM.." Pakcik nie bukanlah terrer sangat pun.. tapi kalau setakat nak berkongsi pengalaman tu pakcik
no hal punyalah.. err nie nak masuk majalah misteri issue bulan berapa nie..? Kalau pak cik nak jadi cover untuk front page boleh..??"
PITAMMMM!!!!
AB.. "Next issue kut.. err dengar cerita pakcik boleh berinteraksi dengan mahluk mahluk halus ya"
PM.. "syyhh jangan sebut kuat-kuat nanti dia marah.."
AB.. " sapa marah pakcik..???
PM.. "Dia tu la...
AB mula merasa seram sejuk ketika itu.. rasa nak terkuncil pun ada.. tiba-tiba angin menderu dengan kuat sekali.. daun tingkap tertutup dan terbuka dengan kuat sekali..alah yang selalu macam cerita seram kat tv tu la..AB mula cuak.. mulut pak meon terkumat-kamit seperti membaca sesuatu... Tiba-tiba......
Bersambung
Sunday, April 5, 2009
Thursday, April 2, 2009
Ahmad Buyung di temui!!!
Berita baik!!! skuad pasukan kami telah berjaya menemui wartwan Ahmad buyung atau nama glamornya AB.. Biarpun AB telah menjelmakan dirinya menjadi woman, pasukan kami tetap berjaya mengesannya...Kisah misteri pak meon akan di sambung tidak lama lagi setelah AB aka Ahmad Buyung kembali normal!!!.. Larikkkkkkkkkkkkk!
Saya sempat mengajukan soalan kepada salah seorang skuad penyiasat kami bagaimana mereka dapat memujuk AB untuk di bawa pulang.. Jawapannya....
"elehh senang je .. kami kata muka dia macam Paris Hilton!!!"... tu dia.... pitam!!!
Tuesday, March 31, 2009
Dimanakah Ahmad Buyong.?..?
KAMI MEMINTA MAAF KERANA MASIH LAGI TIDAK DAPAT MENYIARKAN SIRI MISTERI BERSAMA PAK MEON ATAS BEBERAPA SEBAB, DAN SALAH SATU PENYEBAB UTAMANYA ADALAH DENGAN KEHILANGAN WARTAWAN KAMI AHMAD BUYUNG, YANG KELIHATAN BEGITU TERTEKAN DAN EMOSIONAL SELEPAS BALIK DARI MENEMURAH PAK MEON. SEHINGA KINI KAMI MASIH LAGI TIDAK DAPAT MENEMUI AHMAD BUYUNG UNTUK MEMAKSA BELIAU MENGHABISKAN CERITA INI, KERANA HANYA BELIAU SEORANG SAJA YANG TAHU APA SEBENARNYA DI SEBALIK MISTERI LELAKI BERNAMA PAK MEON ITU.. SEKIAN HARAP MAKLUM...
** Ahmad Buyung dikatakan telah merebondingkan rambut ala tebuannya itu untuk mengelakan dari di kenali**
** Ada juga sumber mengatakan Ahmad Buyung telah menyamar menjadi superman dan melarikan diri ke Afrika...**
AHMAD BUYUNG.. KEMBALILAH!!!
** Ahmad Buyung dikatakan telah merebondingkan rambut ala tebuannya itu untuk mengelakan dari di kenali**
** Ada juga sumber mengatakan Ahmad Buyung telah menyamar menjadi superman dan melarikan diri ke Afrika...**AHMAD BUYUNG.. KEMBALILAH!!!
Thursday, March 26, 2009
Teater takut - Misteri Pakcik meon!! Part1
Hari ini saya akan membawa anda ke sebuah kampung untuk bertemu dengan seseorang yang heboh di perkatakan tentang kemisteriannya.. eee takut sangat..! Tengok! belum sampai kat kampung tu saya sudah merasa bahang keseramannya.. eeee takut sangat nie.. rasa nak terkuncil.. tapi tak apa.. sebagai seorang wartawan saya akan kikis perasaan takut itu..lagipun saya bukannya wartawan artis yang hanya pandai menyelak kain artis atau menulis gossip artis saja...
Di sebuah kampung misteri...
Reporter: salam pakcik misai tebal.. err nak tumpang tanya dimana...
Pakcik misai tebal: arhhhhhh!.. tidak! tidak (sambil memecut 100 meter dgn jayanya..)
Repoter: ??????????????????????????
Tu diaa.. belum tanya soalan penuh dah cabut lari.. sungguh misteri.. eeee takut! tak apa semakin misteri semakin menarik minat untuk di cungkil.. kita cuba tanya orang lain pulak.. apa kata kita tanya masyarakat penghuni kedai kopi...
Di sebuah warung kedai kopi...eee! takut!!!!..
Pakcik no 1: Kalau program realiti tu buka penyertaan sampai umur 60 tahun garenti aku masuk punyalah..
Pakcik no 2: Hang nak nyanyi lagu apa..?
Pakcik no 1: Huh lagu apa lagi.. lagu Mariah Carey la
Pakcik no 2: pitam!!!!
Reporter: Assalamualaikum makcik!
Makcik tukang kedai: ya nok! nak minum apa..?
Reporter: tak nak minum.. saya cuma nak cari pakcik meon...
Makcik tukan kedai: OMG!!! pakcik meon??????
Pakcik no 1: TIDAKKKKKKKK!!!!! sambil jatuh pengsan...
Pakcik no 2: apakah dosaku..! aku bertandang ke kedai kopi nie 24 jam semata-mata nak melupakan insan yang bernama meon kenapa lah mamat bersaiz gajah dan berambut tebuan ini meremind kan aku.. oh tidak! aduhh!.. maigrain mai dah!!!
Makcik tukang kedai: Gatai mulut dia ni..shuh..shuh! Get out from here now!!!!
Reporter:????????????????????????????????????????????
Eeeee..! takutnya..!! semakin misterikan..? siapakah pakcik meon itu..? jangan biarkan hidup anda di selubungi misteri!!!!!
Bersambung...

Subscribe to:
Posts (Atom)