Wednesday, April 29, 2009

Sembang-sembang Artis

Dunia hiburan ada dimana-mana, semua orang sukakan hiburan.. orang gila pun sukakan hiburan.. Jadi artis adalah mahluk paling terkenal di alam maya ini. Ada orang tu lebih kenal artis daripada pembesar negara. Jadi tak hairan lah artis sentiasa menjadi perhatian.. role model katakan.. Tapi adik adik semua, tak semuanya perangai artis tu boleh jadi ikutan.. Bersama wartawan kami AB, menyingkap isu, dan menyelak diantara perkara-perkara yang tak sepatutnya kita ikut perangai artis nie... errrr ni untuk artis tanah air je tau... artis luar negara dah sah-sah tak perlu di ikut..

1) kalau bercakap selalunya guna bahasa rojak.. bahasa melayu kemudian bahasa inggeris, kemudian bahasa melayu balik.. last-last tak paham satu pun apa yang dia cakap.

**"Err.. Khaty why so lambat?"**


**"Ala.. you know Zety, I bawa kete, tiba-tiba my break no eat..!" matila pitammm**

2) Baru berlakon satu drama, buat album sebijik dah kaya raya.. kereta mewah menjalar depan rumah.. mengalahkan tauke minyak...

** nie semua adalah hasil usha saya selama nie..**

**Mak bukan terkejut tengok rambut kau kaler perang.. tapi terkejut tengok kau bawa keta besar.. padahal baru satu drama aje kau berlakon.. kalau mak tau.. mak pun nak berlakon drama juga dulu**

3) Tak kira lelaki atau perempuan, suka sangat kaler rambut terang benderang.. ingat lawa la tu.. memang artis kena kaler rambut perang ke..? kena pakai subang sana sini ke..?

** cantik tak rambut baru mak..??**

4)Hal rumah tangga dah jadi bahan berita untuk tatapan, kutukan dan ketawa semua orang..


**Sudah tiada jodoh di antara kami berdua..** statement skema sgt!!!


Bersambung...

Sunday, April 19, 2009

Coming soon


Akan datang... Wartawan AB dengan beraninya mengupas isu-isu artis tempatan, bollywood, hollywood, semuanya akan di dedahkan. tiada satu pun akan terlepas dari mata pena wartawan yang berkaliber ini... tungggggggggggggggu!


Misteri pakcik Meon (Part 3- final)

"Ape ke hal nie, seru-seru nama mek...nak bayar hutang ke?.. mek nak tengok AF pun tak senang tau..koserrrr mek"


Tu diaaaaaaaa intro trus konsep maki orang.. hanjeng sesangat kan..!! matila...

Pak meon.." nok! itulah Meliah kari orang perantaraan pakcik.. mulut memang jamban
sikit.. tapi hati baik..syhhhh... tu bini no 2 pakcik

Ab.. : "errr..errr"

Pak Meon.. " Meliah meh sini meh..ni ada reporter nak buat story pasal kita..


Meliah Kari. "ya bang! Meli datang nie"


Pak Meon.. " Kau dah ready ke bro..?"

Ab... " err..err... dah kut pak cik meon"


Pak Meon.. " Bila mak cik Meliah nie dah tak sedar, kau tanya la kat dia apa-apa pun.. dengan sepantas kilat dan detailnya dia akan bagi tau... Ha! tu macam dah tak sedar.. dah boleh tanya tu.."
**Makcik Meliah Kari ke nie..err matila mariah carey.**

Meliah kari.." Grrr...! promp..pang! grrrr!... aku diva..prommmm! nak gelang"


Ab.." soalan pertama.. err meli..opss makcik meli..kenapa orang kampung fobia dan
takut
sangat bila dengar nama pak cik meon..?"

Meliah Kari.." grrr..grr kau tulis ya nok makcik nak jawab nie...err ambik sekali gambar akak jangan lupa zoom tau..grrr......"

AB.. " cis tetap lagi tu walaupun tak sedar diri.. baik akak meli!"


Meliah kari.." Pak cik meon kau nie nok sebenarnya kuat berhutang.. Habis semua orang
kampung di hutanginya.....

Pak Meon.." woi!woi! yang kau tanya hal peribadi aku apesal huh..?"


Meliah Kari.." Dah tu nok.. kau tau.. bukannya reti nak bayar balik.. Hutang kedai
kopi kak leha tu Rm 600, Hutang ketua kampung rm 500.. Hutang tokey ikan rm700,.. bla.bla..hutang.. bla.,bla.. ada lagi nok! pak meon kau nie pemalas mandi.. sebulan hanya sekali je mandi...tu yang orang kampung tak mboh dekat tu sebab bau badan dia pekung sangat... bla..bla..kurap..bla..panau..bla..bla..taik mata..bla..bla taik hidung ..bla..bla..

Ab... " PITAMMMMMM!

TAMAT

Sunday, April 12, 2009

Misteri pakcik Meon tertangguh lagi

Wartawan AB aka Ahmad Buyung buat hal lagi.. Sekarang ni demand mengalahkan Paris Hilton. Hari tu minta pelepasan kononnya nak pergi buat liputan pilihan raya kecil kat bukit gantang..


** Wartawan AB berselindung di sebalik bendera** matila bertalam-talam.. he..he

Sekarang nie dengar ceritanya tengah bertepuk tampar dengan kawan-kawannya di sebuah lokasi di kuala lumpur. Kami juga di beritahu beliau sempat lagi menjejakan kakinya ke aquaria klcc dengan alasan untuk menenangkan fikiran dengan memerhatikan ikan2 disitu padahal hakikatnya kami telah pun ketahui beliau sebenarnya cuba menjejaki adik kembar beliau si ikan dugung di situ.

**Adakah ini kembar AB..???**

Oleh kerana terlalu stress tidak dapat bertemu dengan adik kembar beliau di aquaria, beliau telah merendamkan kaki beliau di spa fish sehinggakan ikan-ikan di situ mengelupur lalu membunuh diri beramai-ramai kerana tidak tahan dengan tahap toksin di kaki beliau.

**matila ikan semua mati kerana keracunan**

Misteri pakcik meon akan di sambung apabila beliau kembali semula ke pejabat.....
Sekian

Ikhlas dari penerbit.